NEWS AND EVENTS

TITIPAN KASIH HARIAN METRO BERSAMA KEDAI AYAMAS 2021

NEGERI : NEGERI SEMBILAN
LOKASI : MADRASAH TAHFIZ KHAIRUL ULUM, SENAWANG
TARIKH : 22 APRIL 2021

Alhamdulillah, selesai meraikan anak-anak tahfiz Madrasah Tahfiz Khairul Ulum, Senawang. Sebanyak 130 pax set nasi ayam dari Kedai Ayamas dan barang-barang keperluan asas telah di agihkan kepada mereka. Turut menyumbang wakil dari Francais Kedai Ayamas Seremban 2, En Faizal Bin Yahya

Lokasi seterusnya kami akan ke Melaka Bandar Bersejarah.

TITIPAN KASIH HARIAN METRO BERSAMA KEDAI AYAMAS 2021

NEGERI : MELAKA
LOKASI : RUMAH ANAK ANAK YATIM DARUL AITAM, BUKIT PEGOH, MELAKA
TARIKH : 23 APRIL 2021

Berkesempatan menyantuni anak yatim di Rumah Anak Anak Yatim Darul Aitam, Pernu bersama Kedai Ayamas dan Harian Metro. Menerusi program Titipan Kasih Harian Metro bersama Kedai Ayamas 2021, sebanyak 70 set nasi ayam dari Kedai Ayamas dan keperluan asas seperti beras, minyak, biskut telah di sumbangkan kepada penjaga rumah anak yatim tersebut.

Turut memberi sumbangan francais Kedai Ayamas Bukit Beruang, Puan Nurazila Jailuddin dan francais Kedai Ayamas Bukit Baru, Encik Rosli Saponit.

Lokasi seterusnya kami akan ke negeri Pahang Darul Makmur.

TITIPAN KASIH HARIAN METRO BERSAMA KEDAI AYAMAS 2021

NEGERI : PAHANG DARUL MAKMUR
LOKASI : MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN IBTIDA AD-DINIYAH, INDERA MAHKOTA.
TARIKH : 28 APRIL 2021

Untuk lokasi ketiga Titipan Kasih Harian Metro bersama Kedai Ayamas 2021,

kami ke negeri Pahang Darul Makmur. Menyantuni pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Ibtida Ad-Diniyah di Indera Mahkota. Maahad tersebut di diami lebih kurang 50 orang pelajar termasuk dengan tenaga pengajar. Turut hadir dan memberi sumbangan pemilik kepada franchais Kedai Ayamas Air Puteh, Kiosk Ayamas Shell Beserah dan Kiosk Ayamas Kuantan Medical Centre, Dato Amadaldin Hamzah. Pihak Kedai Ayamas juga turut menyediakan 50 set nasi sebagai juadah berbuka puasa dan barang keperluan harian untuk kegunaan di Maahad Tahfiz ini.

Lokasi seterusnya kami akan ke negeri Perak Darul Ridzuan.

TITIPAN KASIH HARIAN METRO BERSAMA KEDAI AYAMAS 2021

NEGERI : PERAK DARUL RIDZUAN
LOKASI : PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM AL-RIDWANI, IPOH
TARIKH : 5 MEI 2021

Untuk lokasi keempat Titipan Kasih Harian Metro bersama Kedai Ayamas 2021,kami ke negeri Perak Darul Ridzuan menyatuni tiga buah pertubuhan anak yatim dan rumah kebajikan.

Turut hadir dan memberi sumbangan pemilik kepada Francais Kedai Ayamas Medan Gopeng, Pn Nur Kamalia Jailuddin,Francis Kedai Ayamas Pasir Puteh, En Mohd Izuan Kamal, Francis Kedai Ayamas Ulu Kinta, En Johan Jasani Abdullah dan Francis Kedai Ayamas Tapah/Teluk Intan, En Rozaini Abdulllah.

Pihak Kedai Ayamas juga turut menyediakan 100 set nasi sebagai juadah berbuka puasa dan barang keperluan harian untuk kegunaan ketiga-tiga pertubuhan anak yatim dan rumah kebajikan tersebut.

TITIPAN KASIH HARIAN METRO BERSAMA KEDAI AYAMAS 2021

NEGERI : PULAU PINANG
LOKASI : PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH MENGKUANG, SEBERANG JAYA
TARIKH : 7 MEI 2021

Kehadiran Harian Metro dan Kedai Ayamas ke Pusat Jagaan Permata Kasih Mengkuang ini, sedikit sebanyak dapat menampung keperluan 30 anak- anak yang berada di pusat jagaan ni. Anak – anak yang menghuni di sini terdiri daripada anak asnaf dan keluarga susah di sekitar Pulau Pinang. Pihak Kedai Ayamas menyediakan 40 set nasi sebagai juadah untuk berbuka puasa dan barang-barang keperluan harian untuk digunakan sepanjang bulan puasa dan hari raya yang akan menjelang tiba nanti.

Opening Kedai Ayamas PJH
68th Outlet Celebration

Date: 3 May 2021
Location: Suasana PJH

Opening Kedai Ayamas Putrajaya
66th Outlet Celebration

Date: 3 April 2021
Location: Presint 15, Putrajaya

Opening Kedai Ayamas Kemaman
67th Outlet Celebration

Date: 11 April 2021
Location: Kemaman, Terengganu

Siaran Akhbar-2021
Kedai Ayamas membawa kembali rasa ‘ pedas GILER ‘ Ayam Panggang spicy Korea untuk semua pelanggan-pelanggannya diseluruh negara. Makanan Korea yang terkenal dengan rasa pedas teramat begitu digemari oleh rakyat Malaysia dan ini terbukti apabila Ayam Panggang Spicy Korea resepi Kedai Ayamas mendapat sambutan yang tinggi apabila diperkenalkan ditahun 2020. Atas permintaan ramai, untuk tahun 2021 Kedai Ayamas sekali lagi menawarkan resepi Ayam Panggang Spicy Korea dengan sentuhan rasa ‘pedas GILER’ dan sedikit rasa masam manis bagi menepati citarasa tempatan yang lebih istimewa.

Hidangan kali ini lebih memikat kerana Ayam Panggang Spicy Korea ini didatangkan dengan Yachae Rol (lumpia Korea) dan Nasi Bijan. Yachae Rol adalah kombinasi sempurna gulungan lumpia sayur dan curahan sos rahsia yang enak untuk dinikmati. Nasi bijan pula adalah nasi ayam istimewa dengan taburan bijan yang membangkitkan selera.
Ayam Panggang Spicy Korea Kedai Ayamas berharga diantara RM9.90 sehingga RM29.90. Disamping itu terdapat set hidangan lengkap iaitu set untuk 1 orang dikenali “ Set Jeju “ pada harga RM15.90, “ Set Itaewon “ untuk 2 orang pada harga RM31.90 dan “ Set Incheon ‘’ untuk 4 orang pada harga RM55.90. Setiap hidangan set ini dilengkapi dengan Ayam Panggang Spicy Korea,nasi ayam, pilihan minuman berkarbonat serta hidangan sampingan terpilih.

Ayam Panggang Spicy Korea ini merupakan resepi istimewa kami untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Ianya pasti memberi kehangatan kepedasan pada setiap gigitan yang tidak akan dapat dilupakan, kata Tuan Haji Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn Bhd.

Ayam Panggang Spicy Korea ini telah diperkenalkan sebagai menu bermusim dan Kedai Ayamas memutuskan untuk membawanya kembali sepanjang tempoh terhad iaitu dari 24 Jun hingga 31 Julai ini. Selagi stok masih ada.

Kini terdapat 68 Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express di Semenanjung Malaysia. Pihak syarikat Ayamas Shoppe Sdn Bhd merancang untuk membuka lebih banyak outlet dalam 3 tahun ke depan melalui program franchise Kedai Ayamas.

Ayamas Shoppe Sdn Bhd adalah pemilik jenama dan pengendali outlet Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express.

About Kedai Ayamas
Kedai Ayamas is a modern setting convenience food store concept in Malaysia operated by Ayamas Shoppe Sdn Bhd, a subsidiary of KARA Holding Sdn Bhd which is a wholly-owned subsidiary of Johor Corporation.

KEDAI AYAMAS was the first established store in Malaysia to introduce the sale of HALAL fresh chicken and other poultry-based products in a modern setting that is both hygienic and convenient. In tandem with its tagline “More Than Just Chicken”, KEDAI AYAMAS also offers customers ready-to-eat food products such as Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Bijian Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai and wide range of ready-to-cook products such as cooking pastes, spices, herbs and other kitchen-shelf products which ranging from special sauces to confectionery as well as beverages.

Currently, there are 68 KEDAI AYAMAS stores nationwide comprising of 36 stores operated by Ayamas Shoppe Sdn Bhd and 32 stores operated by Franchise via KEDAI AYAMAS Franchise Programme. Apart from KEDAI AYAMAS, we are also involved in a wholesale business activity with their supply of HALAL fresh chicken and frozen products to distributors and other F&B establishments across Malaysia.

For more information on Kedai Ayamas, please log on to www.kedaiayamas.my, Facebook Kedai Ayamas -Ayamas Roasters.

Released by : KARA Holdings Sdn Bhd
Enquiries : NurFarah Abdul Jamaludin / Muhamad Khairul Izzahan Senek
Tel : 0192717046 / 011-10282721
Email : [email protected] / [email protected]