Siaran Akhbar-2021
PELANCARAN MENU BAHARU AYAM PANGGANG MASALA
LOKASI : KEDAI AYAMAS BUKIT JELUTONG
TARIKH : 6 OKTOBER 2021
TERBAHARU AYAM PANGGANG MASALA DI KEDAI AYAMAS
Buat pertama kalinya Kedai Ayamas muncul dengan resipi Ayam Panggang Masala untuk dinikmati oleh setiap lapisan rakyat Malaysia. Diinspirasikan sempena sambutan perayaan Diwali, Kedai Ayamas berharap resipi terbaru ini akan menambahkan keceriaan dan mewujudkan semangat perpaduan dikalangan rakyat Malaysia didalam meraikan perayaan Diwali pada tahun ini.
Ayam panggang Masala menampilkan rasa rempah ratus, pedas-pedas dan lemak manis. Dihasilkan dari pilihan rempah ratus istimewa dan diadun untuk menghasilkan rasa manis kepedasan yang pastinya memikat selera. Bagi memastikan hidangan Ayam Panggang Masala ini menepati citasara rakayat Malaysia, ianya dilengkapkan dengan aroma memukau nasi berempah dan acar istimewa dari kedai Ayamas.
“ Alhamdulilah dengan kebenaran rentas negeri yang telah dibenarkan oleh pihak kerajaan, Sambutan Diwali kali ini pastinya akan lebih meriah dan kami diKedai Ayamas amat teruja kerana buat julung kalinya Kedai Ayamas memperkenalkan menu baharu berinspirasikan tema ini. Kami berharap resipi istimewa ini akan mendapat sambutan dari rakyat Malaysia untuk mencuba ayam panggang Masala terbaharu Kedai Ayamas. Dengan slogan ‘Kesempurnan Cita Rasa Rempah Ratus Istimewa’ ayam panggang Masala ini pastinya memberikan satu kelainan kepada para penggemar ayam panggang. Dihasilkan melalui resipi tersendiri Kedai Ayamas, kami yakin keenakan rasa Ayam Panggang Masala ini pastinya akan mengamit selera seluruh rakyat Malaysia ,”kata Tuan Haji Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn Bhd.
Ayam Panggang Masala ini berharga antara RM9.90 hingga RM30.90. Untuk set hidangan lengkap, pelanggan boleh memilih di antara tiga pilihan set Kombo yang disediakan. Set Kombo A untuk seorang pada harga RM16.90, Set Kombo B untuk dua orang pada harga RM31.90 dan Set Kombo C untuk empat orang pada harga RM56.90. Setiap set Kombo dilengkapi dengan Ayam Panggang Masala, nasi berempah, acar dan pilihan minuman berkarbonat.
Pelanggan juga boleh mendapatkan Ayam Panggang Masala terbaharu ini melalui perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang melalui khidmat penghantaran makanan seperti Grabfood, Foodpanda dan Shopeefood.
Produk ini dilancarkan dalam tempoh masa terhad dan selagi stok masih ada. Oleh itu pastikan anda tidak telepas peluang untuk menikmati resipi istemewa Ayam Panggang Masala ini di Kedai Ayamas berdekatan anda. Promosi bermula dari 18 October sehingga 14 November 2021 diseluruh rantaian Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express.
Kini terdapat 68 Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express di Semenanjung Malaysia. Pihak syarikat Ayamas Shoppe Sdn Bhd merancang untuk membuka lebih banyak outlet dalam tempohmasa 3 tahun ke depan melalui program franchise Kedai Ayamas.
Ayamas Shoppe Sdn Bhd adalah pemilik jenama dan pengendali outlet Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express.
**Harga berbeza bagi platform penghantaran.
About Kedai Ayamas
Kedai Ayamas is a modern setting convenience food store concept operated by Ayamas Shoppe Sdn Bhd, a subsidiary of KARA Holding Sdn Bhd which is a wholly-owned subsidiary of Johor Corporation.
KEDAI AYAMAS was the first established store in Malaysia to introduce the sale of HALAL fresh chicken and other poultry-based products in a modern setting that is hygienic and convenient. In tandem with its tagline “More Than Just Chicken”, KEDAI AYAMAS also offers ready-to-cook products such as cooking pastes, spices, herbs and other kitchen-shelf products which ranging from special sauces to confectionery as well as beverages.
Currently, there are 68 KEDAI AYAMAS stores nationwide comprising of 36 stores operated by Ayamas Shoppe Sdn Bhd and 32 stores operated by the Franchisee via KEDAI AYAMAS Franchise Programme. Apart from KEDAI AYAMAS, we are also involved in a wholesale business activity with the supply of HALAL fresh chicken and frozen products to distributors and other F&B establishments across Malaysia.