PRODUCT

Showing 1–12 of 94 results

Siaran Akhbar-2021
Aroma sos telur asin yang membangkit selera! . Trend makanan datang dan pergi tetapi Ayam Panggang Telur Asin (Salted Egg) Kedai Ayamas kembali lagi atas permintaan ramai. Rasa telur asin lemak manis berkrim dengan keharuman daun kari yang menyaluti ayam panggang pilihan di Kedai Ayamas begitu mempesona dan mengasyikkan. Gabungan sempurna ini memberikan satu citarasa yang akan memikat hati rakyat Malaysia.

“Kami sangat teruja dengan sambutan hebat yang diberikan oleh rakyat Malaysia pada tahun lepas. Justeru itu kami mengambil keputusan untuk membawa kembali pada tahun ini. Dengan ‘sentuhan resipi istimewa Kedai Ayamas’ Ayam Panggang Telur Asin pastinya memberikan kepuasan kepada para penggemar rasa telur asin dengan keunggulan rasanya. Ia merupakan salah satu rasa tempatan dan pastinya mengamit selera seluruh rakyat Malaysia ,”kata Tuan Haji Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Ayamas Shoppe Sdn Bhd.

Ayam Panggang Telur Asin Kedai Ayamas berharga antara RM9.90 hingga RM30.90. Untuk set hidangan lengkap, pelanggan boleh memilih di antara tiga pilihan set Kombo yang disediakan. Set Kombo A untuk satu orang pada harga RM15.90, Set Kombo B untuk dua orang pada harga RM31.90 dan Set Kombo C untuk empat orang pada harga RM56.90. Setiap set Kombo dilengkapi dengan Ayam Panggang Telur Asin, nasi ayam dan pilihan minuman berkarbonat.

Kami berharap seluruh rakyat Malaysia akan menikmati Ayam Panggang Telur Asin yang ditawarkan pada masa terhad ini dengan insan tersayang. Promosi bermula dari 17 Ogos sehingga 24 September 2021 diseluruh rantaian Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express.

Kini terdapat 68 Kedai Ayamas/Ayamas Roaster Express di Semenanjung Malaysia. Pihak syarikat Ayamas Shoppe Sdn Bhd merancang untuk membuka lebih banyak outlet dalam 3 tahun ke depan melalui program franchise Kedai Ayamas.

Ayamas Shoppe Sdn Bhd adalah pemilik jenama dan pengendali outlet Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express.

About Kedai Ayamas
Kedai Ayamas is a modern setting convenience food store concept operated by Ayamas Shoppe Sdn Bhd, a subsidiary of KARA Holding Sdn Bhd which is a wholly-owned subsidiary of Johor Corporation.

KEDAI AYAMAS was the first established store in Malaysia to introduce the sale of HALAL fresh chicken and other poultry-based products in a modern setting that is hygienic and convenient. In tandem with its tagline “More Than Just Chicken”, KEDAI AYAMAS also offers ready-to-cook products such as cooking pastes, spices, herbs and other kitchen-shelf products which ranging from special sauces to confectionery as well as beverages.

Currently, there are 68 KEDAI AYAMAS stores nationwide comprising of 36 stores operated by Ayamas Shoppe Sdn Bhd and 32 stores operated by the Franchisee via KEDAI AYAMAS Franchise Programme. Apart from KEDAI AYAMAS, we are also involved in a wholesale business activity with the supply of HALAL fresh chicken and frozen products to distributors and other F&B establishments across Malaysia.

Siaran Akhbar-2021
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2021 – Kedai Ayamas telah berbesar hati menyampaikan sumbangan sebanyak 150 set Nasi Ayam Panggang kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall pada hari kemerdekaan ini. Pemberian sumbangan ini adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada barisan hadapan khususnya petugas di PPV.

Sejajar dengan tema perayaan tahun ini, Malaysia Prihatin, Kedai Ayamas berharap dengan sumbangan ini dapat memberi semangat dan kekuatan moral kepada petugas barisan hadapan untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di seluruh Malaysia. Kedai Ayamas komited untuk membantu segenap masyarakat dalam semangat Malaysia Prihatin.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-64 buat Malaysia tercinta. Marilah sama-sama kita berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita.Semoga negara kita segera bebas dari wabak Covid-19 yang melanda negara.