PEMBUKAAN KEDAI AYAMAS BAYAN LEPAS DAN PELANCARAN DUA (2) MENU BARU

Siaran Akhbar 

 

PEMBUKAAN KEDAI AYAMAS BAYAN LEPAS DAN  

PELANCARAN DUA (2) MENU BARU 

 

Bayan Lepas, Sabtu 8 Ogos 2022 – KARA Holdings Sdn Bhd (KHSB) pemilik jenama dan pengendali rantaian Kedai Ayamas dan Ayamas Roaster Express, mengumumkan pembukaan Kedai Ayamas di Bayan Lepas Pulau Pinang dan pelancaran dua (2) menu baru. 

Pembukaan Kedai Ayamas Bayan Lepas dilokasi SummerSkye Residence berteraskan  rekabentuk yang lebih santai dan menarik. Rekabentuk baru ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk berbelanja dan menjamu selera bersama keluarga, rakan-rakan didalam suasana yang ceria dan menyeronokkan. Pembukaan kedai ayamas Bayan Lepas ini adalah selaras dengan matlamat KHSB untuk mengembangkan pertumbuhan perniagaannya didalam industri makanan negara dengan menitikberatkan aspek kualiti, halal dan berkhasiat.  

Kedai Ayamas yang telah beroperasi selama 34 tahun terus kekal di hati rakyat Malaysia dengan pelbagai memori indah disematkan sepanjang perjalanan Kedai Ayamas bersama pelanggan-pelanggannya.  Terkenal dengan resipi istimewa Ayam Panggangnya iaitu Percik, Pepper dan Golden, Kedai Ayamas terus mempelbagaikan produk dan menu makanan seiring dengan perkembangan citarasa terkini. Kedai Ayamas sentiasa berinovasi untuk menghasilkan menu-menu baru untuk pilihan kepada pelanggan setia dan baru Kedai Ayamas. 

 

Justeru bersempena dengan perasmian pembukaan Kedai Ayamas Bayan Lepas,  Kedai Ayamas turut memperkenalkan dua (2) menu baru iaitu “Mixed Seafood Oden” dan “Chicken Strips Rice Bowl’. Kedua-dua menu ini merupakan resipi istimewa yang mengabungkan citarasa Korea-Jepun yang kini menjadi trend dan digemari oleh generasi muda. 

Meskipun diluar banyak variasi Oden, namun “ Mixed Seafoad Oden “ Kedai Ayamas  mempunyai kelainannya yang tersendiri dimana Aroma dan rasanya menepati selera tempatan kerana dihidangkan dengan pelbagai bebola makanan laut. 

Manakala “ Chicken Strips Rice bowl “ pula adalah gabungan istimewa Roaster Rice “ bersama chicken strips yang digoreng rangup dan disaluti sos berperisa pedas korea berserta taburan bijan yang mencetuskan citarasa unik dan enak untuk dinikmati seisi keluarga.   

Saya yakin kedua-dua menu baru  ini akan menjadi pilihan para pelanggan Kedai Ayamas kerana keenakan dan keunikan citarasa disamping harga yang berpatutan, kata Encik Mohd Faris Adli Shukery,Pengerusi KARA Holdings Sdn Bhd yang hadir untuk merasmikan pembukaan Kedai Ayamas Bayan Lepas dan melancarkan dua (2) menu baru yang dinyatakan. 

Untuk perkembangan terkini layari www.kedaiayamas.my; Facebook,Kedai Ayamas -Ayamas Roasters; Instagram, kedai_ayamas; Tiktok, kedai_ayamas; Youtube, Kedai Ayamas Roasters dan Twitter, kedai_ayamas 

 

-Tamat- 

Kedai Ayamas telah mempelopori perniagaan penjualan produk berkaitan ayam dan melalui konsep rangkaian perniagaan dan kedai serbaneka di Malaysia. Syarikat ini membuka outlet pertamanya pada 29 April 1988.  

Kedai Ayamas menggunakan pendekatan 3H, iaitu ” HALAL, Healthy dan Hygiene” dimana semua produk-produk kami diperakui HALAL, dihasilkan mengikut prosedur yang ketat bagi menghasilkan ayam yang berkualiti tinggi dan bersih. 

Kedai Ayamas menyediakan perkhidmatan makan di restoran,bawa pulang dan perkhidmatan penghantaran. Ini membolehkan pelanggan menikmati pelbagai jenis pilihan kegemaran ayam panggang iaitu “Golden, Pepper, Percik”, ayam mentah, makanan sejuk beku dan makanan yang sedia untuk dimasak.  

Kedai Ayamas terus optimis untuk melebarkan rantaian bisnesnya dengan mensasarkan lebih 100 outlet menjelang tahun 2023 melalui program francaisnya. Di bawah program ini, sokongan diberikan ke atas semua aspek aktiviti perniagaan Kedai Ayamas seperti latihan anggota pekerja, menu produk dan pengembangan, pengurusan kewangan, pemasaran dan promosi, dan persediaan produk yang diberikan oleh syarikat kepada pihak francais. 

 

         
  Released by  :  KARA Holdings Sdn Bhd   
  Enquiries  :   NurFarah Abdul Jamaludin/ Muhamad Khairul Izzahan Senek   
  Tel  :   0192717046 / 011-10282721   
  Email  :  [email protected]   
      [email protected]